Kepada peminat sejarah Britain, mesti korang biasa dengan kisah lagenda kota Camelot dan Raja Arthur, kan?
Kisah lagenda ini begitu popular sehinggalah ia menjadi sumber untuk menghasilkan filem atau drama seperti King Arthur: Legend of The Sword (2017), dan Arthur and Merlin: Knights of Camelot (2020). Kalau saya, drama bersiri Merlin (2008) adalah drama pilihan, mengisahkan kembara Arthur dan ahli sihir bernama Merlin.
Untuk trivia ini, saya ceritakan tentang kisah lagenda Raja Arthur ini. Arthur adalah anak luar nikah hasil hubungan ayahnya Raja Uther dan Permaisuri Ygern dari Cornwell. Raja Uther ketika itu pemerintah kota Camelot.
Semasa Arthur mencapai fasa dewasa, ayahandanya mencabar kepada sesiapa yang berani mencabut pedang yang tertusuk di batu sbesar itu. Siapa yang berjaya lakukan, dialah pemerintah Camelot seterusnya.
Ramai kesatria mencuba untuk cabutkan pedang tersebut tapi tidak berjaya. Sampai giliran Arthur, dia berjaya mencabut pedang tersebut. Maka, Arthur dilantik menjadi raja baru menggantikan ayahandanya.
Pedang yang Arthur cabut itu terus menemani sehinggalah rosak semasa bertempur. Dikatakan pedang rosak itu digantikan oleh pedang baru bernama Excalibur, pemberian dari lembaga misteri bernama ‘Lady of The Lake’.
Raja Arthur ialah raja yang adil dan bijaksana, mentadbir kota Camelot dengan baik. Bersama baginda ialah seorang permaisuri yang jelita bernama Guinevere, Baginda juga menubuhkan pasukan kesatira bernama Kesatria Meja Bulat (Kinight of The Round Table).
Pasukan kesatria ini mempunyai kesatria yang terbaik dan bertanggungjawab sebagai penasihat. Antara kesatria yang terkenal dalam kisah lagenda Raja Arthur ialah Lancelot, Percival, dan Galahad.